Countdown our meaningful day.. ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 8, 2014

8 8 1 4

Ehem.. Ehem.. Assalammualaikum awak..

Awak yang bernama Syed Nazrin Syed Idris... Happy First Anniversary.. Dalam diam dah setahun kita bersama.. Hee.. Hari itu dah ucap untuk bulan Islam.. Sekarang bulan Masihi.. Hmm.. Saya tak tahu nak bagi hadiah apa.. Mahal-mahal saya rasa saya belum cukup mampu.. Al-maklumlah tengah study lagi.. Heheh.. Nak pi third trip ke Broga tapi saya tengah cuti semester. Luangkan masa dengan mak ayah pula.. Tak apa nanti saya masuk semester baru kita pi panjat Broga lagi ok.. Hehe.. Waktu itu saya janji buat sandwich tak ada sayur ok...

Saya nak mohon maaf andai kata di sepanjang perjalanan hidup awak bersama saya ada buat awak serta family awak rasa tak selesa.. Maybe saya terlalu mengongkong awak or memaksa.. Memang tak ada niat melainkan demi kebaikan awak.. Andai kata awak tak senang dengan tingkah laku saya atau kata-kata saya mohon di teguri.. Hee.. Kita sebagai pasangan harus selalu memperbetulkan apa yang salah kan.. Sebab kita bukanlah sempurna orangnya..

Saya tahu banyak lagi kekurangan saya untuk saya betul-betul berdiri bersama keluarga awak.. Mohon awak beri tunjuk ajar agar saya boleh menangi hati seluruh keluarga awak.. Saya akui saya seorang yang sangat susah untuk berkomunikasi dengan orang yang baru muncul dalam hidup saya.. Hehe.. Itu perkara yang saya amat tak suka pada diri saya sebenarnya.. Mohon awak bersabar ok.. Alhamdulillah saya yang sekarang tak sesukar yang dulu untuk bergaul dengan orang..

Dan saya ucap terima kasih sangat sebab Allah pertemukan awak dengan saya di saat saya memerlukan sokongan seseorang selain kawan-kawan dan keluarga.. Awak pembakar semangat saya untuk lebih kuat ketika saya jatuh dahulu.. Tak memakan serta membazirkan masa yang lama untuk saya sembuh dari luka.. Yelah dengan ayah yang sakit pada waktu itu kan.. Siapa sangka saya masih kuat berdiri dan bertambah maju.. Alhamdulillah..

Terima kasih daun keladi jua awak dah mengajar saya bagaimana untuk jadi orang yang lebih matang dan tidak bergantung pada orang lain untuk hidup.. Mengajar saya bagaimana menyayangi seseorang itu tanpa perlu membazirkan waktu dan wang kita dengan sia-sia.. Dengan awak.. Saya tak pernah mengorbankan waktu kualiti saya bersama keluarga saya.. Saya lebih pandai membahagikan masa untuk kawan-kawan, awak, family dan study.. Mungkin inilah cinta yang saya cari.. Yang mendapat restu dari mak ayah dan tidak melukakan hati mereka ketika saya luangkan masa bersama awak.. Yang buat saya rasa tenang dan damai ketika menjawab exam atau buat assignment.. Hee.. Sumber inspirasi saya awak dan parents saya..

Akhir sekali awak.. Terima kasih yang tak terhingga sebab awak terima saya seadanya.. Saya sayang awak dan mengimpikan untuk hidup selamanya dengan awak walaupun waktu kita baru-baru berkawan saya kata pada awak hanya mahu berkawan.. Hehe.. Tak sangka boleh jauh sampai macam ini impian saya.. Apa awak buat dengan saya ek.. hah... heee... Semoga kita sentiasa setia dan jujur serta di percepatkan jodohnya.. Amin.. Insyallah.. So... Terimalah hadiah saya yang tak seberapa ini.. Ini je saya mampu beri pada awak.. Saranghae oppa.. Terima kasih sekali lagi Cinta Hati.. #SNJ


Wednesday, August 6, 2014

S Y A W A L

Assalammualaikum...

  Wah.. Dah berhabuk blog Jaja.. Dah lama tak update benda-benda mengarut.. Hee.. So how's life? Pretty hard to manage right... Sorry agak kesibukan coz sem pendek kan.. Memang tak ada masa nak menyelit update blog..

  Anyways, di kesempatan ini Jaja nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua umat islam dan juga memohon maaf kiranya ada salah dan silap yang memang asalnya dari Jaja ye.. Selain itu, di samping kita bersuka ria di hari raya ini.. Mohon doakan saudara kita di Gaza.. Mungkin di sini kita membuang duit untuk membeli mercun dan bunga api. Tetapi mereka memerlukan duit untuk bersedia menentang Israel.. Jadi marilah kita menderma ke tabung Palestin.. Teruskan menyokong mereka.. Tidak kira bangsa apa sekalipun. Ini bukanlah masanya untuk memikirkan hal keagamaan tapi kita harus mempunyai sifat perikemanusiaan.. Letakkan diri kita di tempat mereka.. Insyallah ada ganjarannya di akhirat kelak.. Sama-samalah kita berdoa..
 
  Tak lupa jua kita doakan serta sedekahkan al-fatihah pada mangsa-mangsa MH370 dan MH17.. Semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Insyallah.. Allah akan tunjukkan keadilanNya suatu masa nanti..

  Syawal.. Setahun yang lalu.. Di anugerahkan suatu rasa yang di lindungi.. Kerana di pertemukan dengan insan yang tersayang dan membangkitkan semangat Jaja untuk teruskan hidup.. Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah setahun Jaja kenali hati budi dia.. Terima kasih awak.. Menemani saya harungi hidup ini.. Amat memerlukan sokongan awak.. Moga kita di percepatkan jodoh.. Mak dan ayah dah tahu pasal awak.. Dah cukup sedia untuk menerima kedatangan awak kiranya saya pilihan awak.. Hahaha.. Berharapnya...

   Ok cukuplah sampai situ je cerita pasal dia.. Hehe.. Sekarang mari kita tengok gambar-gambar raya family Jaja.. Jumpa lagi di masa akan datang..



But first.. Lets ourfie... hee..


Along beraya rumah mertuanya.. 
So dua orang anaknya bergambar dengan atok dan wan.. 


Abang Loi dan familia.. Ramai anaknya.. 
Hee.. Kecoh rumah dengan kelasakan mereka ye..


Abang Ik dan familia.. Geng bawa diri.. Hee..


OOTD 1 Syawal


OOTD 4 Syawal


OOTD 5 Syawal



OOTD 6 Syawal


OOTD 9 Syawal