Assalammualaikum..
Hye semua.. Apa khabar? Dah lama tak update blog.. Rindu pulak kan.. Hee.. Sorry.. Really busy this semester.. Macam-macam benda nak kena settle.. Sekarang ini pun Jaja sibuk lagi nak siapkan assignment Econometrics dan Investment Analysis.. Hehe.. Insyallah will be done soon.. Doakan Jaja di permudahkan ye.. Amin..
Kali ini nak kongsi mengenai rasa.. Apa itu rasa? Pelbagai maksud yang terlintas dalam fikiran kita bila kita dengar perkataan 'rasa'.. Apa yang kita rasa dalam masakan mahupun hati kita? Ye itulah rasa.. Tapi dalam post kali ini kita akan bercakap soal rasa dalam hati kita..
Manusia akan rasa pelbagai perasaan.. Gembira.. Sedih.. Kecewa.. Marah.. Takut.. Dan banyak lagi.. Hampir semua orang tak akan memahami apa yang orang lain rasa dalam hati mereka.. Ye, susah untuk kita pahami perasaan mereka.. Benarlah pepatah melayu, 'rambut sama hitam, hati lain-lain'.
Bagi Jaja, Jaja akan cuba untuk meminimumkan rasa sedih,marah,kecewa orang lain dan akan memaksimumkan kegembiraan orang sekeliling Jaja.. Biar sekalipun Jaja yang akan terluka.. Mungkin., Orang akan kata Jaja seorang yang bodoh.. Berkorban untuk kebahagiaan orang lain.. Hee.. Kadang-kadang Jaja pun rasakan benda yang sama.. Tapi entah memang itu perangai Jaja.. Akan bahagiakan orang lain dulu.. Mungkin akan ada hikmahnya nanti..
Sabar.. Sabar yang cukup dalam diri kita akan menduga kita selalu.. Setiap masa.. Di ketika ini, Jaja cuba bersabar.. Tapi cukup menduga bila kita semakin banyak bersabar, semakin banyak bisikan syaitan yang akan menghasut kita untuk mencetuskan pelbagai rasa yang lain.. Rasa nak marah dan curiga yang meninggi.. Dan rasa sabar juga boleh buat dada kita menjadi sesak dan sukar untuk bernafas..
Sedih.. Sedih yang datang dari kesabaran atau geram yang sudah sampai tahap yang paling maksimum.. Kita memendam rasa yang terlalu lama membuatkan kita berasa sedih dan menerbitkan rasa yang kadangkala kita rasa orang sekeliling kita tidak hargai kita.. Dan kita akan meragung sekuat hati kita pada satu saat nanti.. Untuk melepaskan semua rasa yang terpendam..
Dan ketika ini.. Jaja akan mula berserah diri pada Yang Esa.. Dan redha dengan ketentuanNya.. Apa yang perlu dilakukan.. Teruskan kehidupan dan berserah kepada Allah.. Kita hanya merancang.. Allah yang akan menentukan segalanya.. Jaja akan teruskan apa yang Jaja rancang.. Kalau berjalan lancar, alhamdulillah.. Tapi kalau tidak, mungkin itu bukan yang terbaik untuk semua..
Oklah kawan-kawan.. Semoga semua yang sudi membaca blog Jaja akan di berkati oleh Allah.. Tercapai apa yang dirancang.. Sentiasa tersenyum.. Thank You.. Salam..