Countdown our meaningful day.. ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 24, 2013

Apa yang di pelajari hari ini?

Assalammualaikum semua.. Apa khabar bloggers? Hope semuanya sihat sentiasa..

        Hari ini aq dapat lihat banyak benda dan pelajari macam-macam.. Alhamdulillah.. Sedikit sebanyak telah menambah ilmu di dada mengenai kehidupan dan akan menjadi pengajaran d masa akan datang kelak.. Insyallah.. Apa yang aq dapat? Jom baca post kali ok.. ^_^

       First sekali.. Sebelum kita fikir pasal orang laen.. Better kita fikir pasal diri kita.. Impian kita.. Cita-II kita.. Pedulikanlah apa orang nak cakap.. Tapi cita-II dan impian tu biarlah yang baek-II.. Bagi aq.. Impian aq adalah untuk melihat parents aq bahagia.. Yelah.. Dorang yang melahirkan dan membesarkan kita.. Macam parents aq, dorang nak anak dorang ad degree or master sebelum kahwin.. So, menjadi kewajipan aq untuk teruskan impian dorang walaupun selewat mana pn atau sesukar mana pun perjalanan aq untuk capai impian tu.. Insyallah.. Tuhan sentiasa ada d sisi kita tanpa kira kita dalam susah ataupun senang.. Dan tiada siapa dapat halang diri aq untuk capai cita-II aq.. Bagi orang yang nak nikah dengan aq.. Paham-II la eak.. Hehehe.. Harap bersabar..

      Second thing.. Memahami orang di sekeliling kita.. Macam mana korang nak memahami orang-II d sekeliling korang? Hmm.. Dalam banyak-II perkara.. Perkara inilah yang paling susah dalam dunia ni.. Nak buat orang paham kita or kita nak paham orang.. Tambah pula pada orang yang kita sayang sangat-II.. Bagi aq cara yang paling sesuai untuk kita paham or buat orang paham kita adalah berterus-terang... Kita perlu jujur dan terus-terang tentang kita.. Dan biarlah orang tu nak nilai macam mana diri kita.. Janji kita dah jujur pada dia.. Senang cerita.. Orang ada mata.. Orang ada telinga.. So, dorang boleh dengar kejujuran kita dan nilai kita dengan mata dorang sendiri.. Insyallah.. Dalam sesebuah hubungan kalau kita or pasangan kita tak nak paham antara satu sama lain.. Memang susah lah kan.. 24 jam memang gaduh memanjang la kan.. So, fikir-II la ok..

      Thirdly, give and take.. Dalam hidup ini amatlah indah kiranya ada prinsip ini dalam sesebuah hubungan tu.. Kalau seorang je yang memberi yang seorang lagi asyik terima je tak manis jugak kan.. Hehe.. So, nak memaniskan hubungan kita dengan sesiapa pun kenalah ada prinsip ini.. Give and take ni bukanlah dalam bentuk duit malah dalam bentuk perbuatan pun dah memadai.. Tak minta banyak pun kan.. Hehe..

      Lastly for today, pengorbanan.. Bukanlah korbankan diri kita untuk sesuatu yang tak elok atau merbahayakan diri.. Maksud aq.. Pengorbanan yang berbaloi.. Untuk kebaekan kita dan orang keliling kita.. Especially untuk orang-II yang kita sayang.. Contohnya la kan.. Kita cuba ubah perangai kita yang suka bergaul bebas.. Tak banyak pun tak pe.. Janji ada nampak perubahannya.. So, hubungan kita dengan pasangan maybe akan jadi lebih baek.. Contohnya lagi.. Kalau dulu kita berpakaian cukup-II nak tutup body.. Sekarang kita pakai baju yang agak longgar.. Sejuk sikit mata parents kita tengok kan..

     So, ini dulu aq kongsi dengan korang hari ni.. Kalau ikutkan banyak lagi nak d kongsikan.. Hehe.. Aq minta maaf kalau apa yang aq tulis ni buat sesiapa terasa hati.. Aq tak ada niat pun nak burukkan sesiapa.. Just nak berkongsi apa yang aq dapat.. Kalau ada yang aq tersalah.. Sila-II lah komen ok.. Kita sama-II kongsi ok.. Sekian sahaja.. Thax coz luangkan masa untuk baca post aq yang mengarut ni.. Hehe.. See u again.. Salam.. ^_^

No comments:

Post a Comment