Assalammualaikum...
Post kali ini Jaja nak luahkan apa yang Jaja ase terganggu sangat.. Benda ini sebenarnya tak ada la terganggu pun.. Cuma rimas.. Rimas pada orang yang tak paham bahasa melayu.. Mahu Jaja cakap bahasa apa lagi pada orang berkenaan ini.... Supaya mereka ni paham...
Apa pendapat korang bila ada orang cakap pada korang yang mereka perlukan masa untuk memaafkan kesalahan korang dengan ikhlas.. Biarkan mereka tenangkan diri untuk jangka masa tertentu.. Apa yang korang akan lakukan? Bagi Jaja.. Jangan ganggu dah la hidup dia.. Beri dia waktu yang secukupnya.. Nanti bila dia dah bersedia dia akan memaafkan lah.. Jangan gopoh sangat.. Cari dia.. Add dia.. Add orang yang rapat dengan dia.. Atau dorang sedar yang dorang dah lakukan salah sehingga telah menoreh luka yang dalam pada dia? Huhu.. Alhamdulillah kalau dah sedar.. Tapi tolonglah faham kat sini.. Bahawasanya sekiranya kamu dan kamu di tempat Jaja.. Maybe kamu dan kamu akan lakukan perkara yang sama.. Para pembaca.. Inilah yang Jaja rasa.. Sakit yang sukar untuk di padamkan.. Makan masa yang sangat panjang.. Ye memang Jaja dah okey tapi memaafkan memang Jaja minta maaf.. Tak dapat nak maafkan lagi buat masa sekarang..
So, kepada yang berkenaan.. Please.. Mohon memahami.. Jangan muncul dalam hidup Jaja atau orang-orang yang berkaitan dengan Jaja lagi.. Tolong beri ruang untuk Jaja bernafas dan bertenang dari kisah lalu yang menyakitkan dengan kekejaman yang di beri ok.... Bukan senang nak pulih seperti sekarang.. Sekelip mata Jaja.. Banyak benda berlaku.. Dalam masa sehari semuanya berubah sekelip mata jew... Separuh orang dah gila taw.. Rasanya dah lebih dari mencukupi apa yang Jaja dah beri dan lepaskan pada korang kan.. Dan korang pun dah bahagia.. Family pun bahagia.. Jaja tak kacau hidup korang dah.. Minta tolonglah.. Berilah Jaja ruang untuk memulakan hidup baru tanpa bayangan korang dua.. Tolong.. Tolong.. Tolong.. Anggaplah kita tak pernah kenal antara satu sama lain.. Bukan nak putuskan silaturahim tapi inilah jalan yang terbaik agar tiada lagi pihak yang terluka atau tak berpuas hati ataupun mendatangkan sengkata antara kita bertiga.. Jaja dah ada teman.. Dan Jaja tak nak lukakan hati dia.. Jaja sayang hubungan yang baru ini.. Tak nak jejaskan hubungan baru ni.. Sebab hubungan ini lebih matang dari sebelum ini.. Tolong jangan ganggu hidup Jaja lagi.. Dah terlalu penat hidup ini di kaitkan dengan korang berdua..
Wassalam...
No comments:
Post a Comment