Assalammualaikum..
Zaman sekarang semua harus dilakukan sendiri,
Bila terluka, sembuhkanlah dirimu sendiri,
Bila bersedih, kesatlah dengan jarimu sendiri,
Bila berkecil hati, pujuklah dirimu sendiri,
Kerana tiada lagi teman yang mampu sentiasa bersama denganmu seperti
zaman dahulu.
Zaman sekarang perlu pandai berdikari,
Tengok wayang seorang diri,
Shopping seorang diri,
Lepak kafe hipster seorang diri,
Sebab teman-teman sibuk dengan komitmen masing-masing atau mungkin ada
teman yang lebih fun bila hang out.
Kalau kau rindu sahabat kau, ubatlah rindu kau sendiri,
Sebab kau memang selayaknya sendirian.
Tapi sahabat,
Walau kita dah jarang lepak,
Walaupun kau selalu lihat aku post gambar yang tak ada kau,
Itu tak bermakna kau tak berharga di hati aku.
Dan kalau kau jatuh atau tengah susah,
Aku sentiasa ada bersama kau,
Wassalam.
Luahat,
Jaja
No comments:
Post a Comment