Assalammualaikum.. Annyo..!!!
Apa khabar semua? Hopefully dalam keadaan sihat wal'afiat... Insyaallah.. Post kali ini.. Jaja nak kongsikan mengenai cinta.. Pada pendapat semua.. Apa itu cinta bg korang? Sila komen post ini ok.. Boleh tukar-tukar pendapat kan.. So, inilah definisi cinta bagi Jaja..
Meskipun Jaja dah berpunya (Chewah... ) tapi Jaja still tak faham apa itu cinta dalam hidup.. Yah.. Memang kita tahu.. Cinta itu jalinan kasih sayang antara manusia dengan apa jua yang mereka suka.. Malah cinta itu lebih atas dari maksud sayang.. Tapi bagaimana kita mahu menyampaikannya.. Apa perlu kita buat? Setia sepanjang masa? Tiada penipuan? Ataupun menerima walaupun hati kita terluka? Hmm.. Setakat apa yang Jaja faham.. Ada beberapa definisi mengenai cinta.. Lets see..
Cinta itu menenangkan.. Kiranya tiada sebarang permasalahan.. Tempat kita berkongsi susah dan senang.. Tempat kita memberi dan menerima.. Teman untuk sentiasa memahami kita.. Teman yang tidak mendesak.. Tempat di mana dia boleh memberi kita sokongan dan nasihat ketika kita dalam kesusahan..
Cinta itu kemanisan.. Manis ketika kita menikmati perkara yang baik.. Manis ketika kita bergurau senda.. Manis ketika kita merasai cinta dari teman kita.. Manis ketika di beri kejutan yang sempurna.. Manis ketika di lamar.. Manis ketika melihat kecomelan si dia.. Manis di mata si dia ketika kita mendengar nasihat atau menjadi pendengar yang terbaik buat dia..
Cinta itu kepahitan.. Pahit bila kita perlu menerima sikap negatif yang dia memang tak mahu dan tak boleh berubah..Pahit bila dia seorang yang bersosial.. Pahit bila dia melayan kawan-kawan dia melebihi diri kita.. Pahit bila dia tidak boleh menerima kawan rapat kita especially bila berlainan jantina.. Pahit bila dia tak pernah cuba mengenali hati kawan kita.. Pahit bila ada tentangan keluarga.. Pahit tapi kita telan juga sebab kita sayang sangat kat dia..
Cinta itu kesedihan.. Sedih pabila kita terpaksa melepaskan orang yang kita cintai kepada orang yang dia cintai.. Sedih bila dia tiada di sisi kita pabila kita memerlukan.. Sedih pabila dia perlu memilih hal yang lain daripada kita.. Sedih pabila dia tidak mengambil berat dan prihatin mengenai kita.. Sedih pabila terpaksa berbahagi kasih.. Sedih pabila dia memarahi kita..
So guys.. Inilah maksud cinta bagi Jaja setakat ini.. Kalau ikutkan memang terlalu banyak maksud cinta ini.. Tapi yang pasti.. Setiap dari kita pasti ada pasangan.. Kita tak perlu mencari atau mengejar.. Kerana cinta itu akan datang dengan sendirinya kepada kita.. Cuma kita yang tak sedar.. Apa yang pasti..... Cinta Ilahi adalah Cinta Hakiki.. So... Kepada yang masih single lagi tu.. Jangan bersedih.. Sebab kamu masih punyai Cinta Ilahi yang takkan pernah hilang di mamah usia atau di telan bumi.. Sekian saja post kali ini ok.. See u again.. ^_^
cinta itu indah jika kita beri hati kita pada ALLAH.. insyallah ALLAH akn beri hati kita pada insan yang layak menerimanya..
ReplyDeleteamin.. insyallah.. cinta Ilahi cinta kekal abadi.. ^_^
ReplyDelete