Countdown our meaningful day.. ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 26, 2013

Dugaan sebelum final paper..

Assalammualaikum..

   Apa khabar semuanya? Hope dalam keadaan sihat sentiasa.. Minggu ni minggu last aq sibuk bersama dengan buku-buku subjek transport.. Minggu ni study week.. Paper aq 30hb ni.. Wish me gud luck ok..

   Malam ni aq nak kongsi satu benda.. Dugaan sebelum exam.. Hari ni hari yang kami nantikan dalam hidup kami berdua.. Monthly Anniversary.. Yah.. 3rd years and 6months.. But ada sesuatu yang menganggu fikiran aq.. Bukan hari ni je.. Tapi sejak hari kami last jumpa.. Aq perasan perubahan dia.. Tak dapat tentang mata dengan aq bila bercakap.. Naluri aq kuat mengatakan dia ada sesuatu yang disembunyikan..

   Hari ini.. Kami berpisah untuk sementara.. Memberi ruang antara satu sama lain.. Untuk berfikir apa yang salah dalam hubungan kami.. Aq redha.. Aq dapat terima kali ini.. Aq kuat.. Aq hormat apa yang dia mahukan.. Mungkin aq terlalu memaksa dan mengongkong diri dia.. Aq beri ruang secukupnya pada dia..

  Aq terima keadaan ini dengan fikiran yang positif.. Bahawa ALLAH ingin melindungi hubungan dan perasaan kami.. ALLAH ingin menjaga batasan kami.. Dan aq telah matang dalam menanganinya berbanding dulu.. Alhamdulillah.. Tuhan beri ketenangan dalam diri aq untuk menghadapinya.. Kami tahu kami saling menyayangi.. Tapi aq tahu dia tak dapat beri komitmen yang penuh untuk hubungan ini.. Maybe dia belum matang lagi.. Biarlah.. Aq perlu beri dia masa untuk perbaiki hubungan kami..

  So, di sini jelah eak.. Kang tulis banyak-banyak kang banjir lak rumah ni.. Heheh.. Di kesempatan ini, aq ingin memohon maaf kiranya ada salah dan silap pada semua yang sudi membaca sebab aq nak tamat pengajian diploma aq.. Alhamdulillah.. Moga dapat sambung degree.. Doakan kejayaan aq ok.. Thanks yang sudi follow blog aq dan sentiasa baca post aq.. ^_^

No comments:

Post a Comment