Aku rindu..
Bila kita tidak berhubung untuk satu hari..
Aku rindu..
Bila kita berjauhan..
Aku rindu..
Bila kita bertengkar dan berpunca dari khilafku..
Aku rindu..
Bila kau marah tanpa sebab dan aku sukar memahami mana
silapnya..
Aku rindu..
Bila malamku tanpa ucapan selamat malam darimu..
Aku rindu..
Bila tidur malam tanpa mimpikan dirimu..
Aku rindu..
Bila aku berada di mana kita pernah berada..
Aku rindu..
Bila aku memesan makanan kegemaranmu..
Aku rindu..
Bila melihat kereta wira seperti kereta mu..
Aku rindu..
Bila melihat uniform kerjamu..
Aku rindu..
Bila kau katakan aku seperti tidak memerlukanmu..
Aku rindu..
Bila melewati rumahmu..
Aku rindu..
Bila makan bersendirian..
Aku rindu..
Bila kau dalam kesibukan kerja dan aku menantimu..
Aku rindu..
Walau datang berjuta lelaki yang jauh lebih kacak dan lebih baik dari dirimu..
Walau aku sesibuk mana atau kau tiada masa denganku..
Bila aku sedang sibuk dan tidak dapat meluangkan masa bersamamu..
Aku rindu..
Walau datang berjuta lelaki yang jauh lebih kacak dan lebih baik dari dirimu..
Walau aku sesibuk mana atau kau tiada masa denganku..
Bila aku sedang sibuk dan tidak dapat meluangkan masa bersamamu..
Aku rindu..
Bila aku sedang melipat baju kerana aku memikirkan
bagaimana dirimu..
Aku rindu..
Bila mengenangkan senyumanmu..
Aku rindu..
Bila teringat kau menyahut panggilan ku, ‘ye sayang’..
Dan aku rindu..
Bila memikirkan bilakah masanya kita akan bersatu
dalam ikatan yang mana setiap perbuatan kita menjadi pahala..
“Ya Allah, Kau permudahkan urusan kami untuk ke pintu
syurga. Kau kuatkan hati kami dan murahkan rezeki kami.. Kau panjangkan jodoh
kami.. Kau bimbinglah kami menjadi bakal yang soleh dan solehah.. Kau
sentiasalah bersama kami agar kami tidak sesat dari agamaMu.. Amin.. Ya Rabbal ‘Alamin..”
Aku tetap memilihmu..
Aku tetap bersamamu..
Walau beribu tahun kita tidak bersua muka..
Aku tetap menantimu..
Walau kau tidak lagi denganku..
Aku tetap mendoakanmu..
Dan walau aku dalam kesakitan atau di ambang kematian..
Aku tetap menyayangimu hingga akhir hayatku.. Sayang..
Aku tetap memilihmu..
Aku tetap bersamamu..
Walau beribu tahun kita tidak bersua muka..
Aku tetap menantimu..
Walau kau tidak lagi denganku..
Aku tetap mendoakanmu..
Dan walau aku dalam kesakitan atau di ambang kematian..
Aku tetap menyayangimu hingga akhir hayatku.. Sayang..
No comments:
Post a Comment