Assalammualaikum,
Hai apa khabar semua? Hope semuanya sihat-sihat belaka. Lama betul tak update blog. Tahun ini tahun yang sangat busy. Final year for my finance degree.. Alhamdulillah. Lagi 1 semester Jaja akan dapat segulung ijazah sarjana muda.. Sangat-sangat bersyukur. Walaupun tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar seumur hidup Jaja lah.. Hahah.. Banyak dugaan yang perlu di tempuhi sebelum melangkah ke fasa hidup yang seterusnya.
Sekarang ini Jaja masih lagi internship di Sime Darby Jalan Raja Laut. Lagi dua minggu je kat sini. Hehe.. Pengalaman kerja yang tak dapat di lupakan.. Al maklumlah baru first time kerja. Sangat berbeza dengan study. Macam tak ada social life. Baru praktikal kan. Heheh.. Nak kerja ni hati dan stamina memang kena kuat. Kalau tak kuat memang selalu lah akan tukar-tukar kerja. Puas dah Jaja menangis, gembira, kecewa, mengeluh kat sini.. Nak kerja ni kena teliti dan tangkas taw. Konsep One Shot tu perlu ada. Means sekali buat terus betul. Tak perlu nak redo lagi.
Masa Jaja praktikal, tengah puasa dan raya. Kepenatan tu memang sangat terasa. Ni pun Jaja baru buat open house semalam. Memang datang office pakai sesimple yang boleh la.. Memang tak ada nya nak melawa. Haha.. Lagipun itu memang diri sendiri.. Ikut mood juga.. Waktu open house pula, Jaja in charge roti jala. Memang dari lepas asar sampai pukul 10.30 malam berdiri jelah buat roti jala.. Alhamdulillah habis juga.. Tak sangka first time buat dapat sambutan yang memberangsangkan. Hehe..
Meh nak share gambar bestie Jaja:
-Adi & Wahyda-
Haa.. Ehem ehem.. Tak lama lagi dah mereka ini.. Alhamdulillah
-Jane,Paly,Mira & Iman-
Housemates Jaja.. Semua single.. Jodoh mereka sila lah jemput mereka.. Hee..
-SN-
Someone special.. ^_^
Jaja memang kawan tak ramai. Senang nak jaga hati. Hee.. Ada yang lain tapi kawan rapat memang mereka ini je yang selalu layan kepala otak Jaja. Nama je duduk satu rumah tapi nak jumpa punya lah payah.. Masing-masing dah besar. Tu semua sibuk dengan kerja lah study lah. hee.. Tak apa. Apa yang penting kami saling memahami dan tak lost contact.
Plan selepas degree :
Apa plan Jaja lepas degree? Hmm.. Kalau ikutkan perancangan lepas SPM hari itu, umur 25 tahun ini, Jaja dah ke fasa perkahwinan dah. Tapi jodoh tak seru lagi .. Hee.. So, life must go on kan.. Follow the flow je lah yang dapat Jaja buat.
Lepas degree ini insyallah kalau ada rezeki nak dapat kerja government kat Jalan Duta. Then, kumpul duit untuk beli rumah. Duduk rumah kuarters kerajaan. Boleh lah kalau ada rezeki beli rumah, dapat buat income kan.
Kalau tak dapat government, kenalah kerja sementara dengan ayah Jaja. Tak apa lah janji ada income kan. Sebenarnya tak nak kerja dengan family, susah kan kalau ada perselisihan faham. Dah banyak Jaja tengok syarikat family ada masalah macam itu. So, lebih baik kita ambil jalan yang paling selamat kan.
Then, Jaja tunggu jodoh sampai lah. Teringin juga nak ada anak sendiri. Anak-anak buah ramai lah. Hee.. Nak masuk 13 orang dah. Doakanlah impian Jaja tercapai. Amin.. Yelah orang kata kalau kita kahwin pintu rezeki terbuka luas.. Insyallah..
Oklah. Dah panjang sangat post kali ini. Biasalah tak ada kerja sangat hari ni. Tu yang syok menaip blog ini. Lepas gian hee.. Jumpa lagi nanti .. Terima kasih luangkan masa membaca kemerepekan Jaja.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment